Advertising
“Daripada Marcelo, Baik Kelantan Beli Cristiano Ronaldo”
MakanBola
KRW/ALNFC

Pengurusan Kelantan Red Warrior (KRW) menjawab cadangan untuk membawa nama besar seperti Marcelo dan juga Cristiano Ronaldo.

Perkara ini dijelaskan oleh Presiden KRW, Nik Hafiz Naim Nik Hassan ketika sesi siaran langsung di akaun TikTok KRW baru-baru ini.

Ad

Kelantan RW kini sedang melakukan jelajah bagu projek The Next Hero pada 10 jajahan di Kelantan untuk mencari bakat bagi membarisi pasukan.

Ad

KRW juga difahamkan menyimpan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro tahun hadapan sekaligus rancak mencari muka baharu dalam pasukan.

Walau bagaimanapun, terdapat hasrat besar daripada kalangan peminat KRW yang mahu melihat pasukan itu dibarisi beberapa pemain berpengalaman bagi musim baharu.

Ad

Antara nama yang turut disebut ialah penyerang KL City, Paulo Josue dan juga Haqimi Azim termasuk beberapa pemain terkemuka dalam liga ketika ini.

Ad

Terdapat juga sebahagian peminat yang berseloroh tatkala mahu melihat pemain seperti lagenda Real Madrid, Marcelo bersama Kelantan RW.

Ad

“Beli Marcelo? Main lagi ke dia tu?” soal Nik Hafiz ketika sesi siaran langsung.

“Daripada beli Marcelo, baik beli Cristiano Ronaldo. Umur 40 pun masih berbisa main di Arab Saudi,” tambahnya secara berseloroh.

KRW sudah menjalankan sesi percubaan di dua zon iaitu Zon 1 (Kota Bharu) dan juga Zon 2 (Gua Musang) baru-baru ini.