Dunia
PJ City FC
Advertisements

Penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok dikatakan semakin hampir untuk berhijrah pada musim hadapan dengan yang terkini beliau dikaitkan untuk ke Sabah FC.

Desas-desus itu bertebaran sejak minggu lalu lagi apatah lagi penyerang Harimau Malaya itu merupakan seorang penyerang yang tajam dan telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super bagi kategori pemain tempatan.

Berita perpindahan Darren Lok ke Sabah juga dikuatkan dengan dua muatnaik di laman Facebook. Dua muatnaik dalam dua group Facebook yang berbeza tersebut telah dipost oleh individu yang dipercayai isteri kepada Darren Lok.

Advertisements

“Saya dan suami saya akan berpindah ke KK (Kota Kinabalu) pada Disember atau Januari dan sedang mencari rumah untuk disewa,” jelas individu tersebut.

Darren Lok Sabah 1 Darren Lok Bakal Berpindah Ke Kota Kinabalu
Dua pertanyaan dalam dua group Facebook yang berbeza.

Untuk rekod, musim ini merupakan antara musim terbaik buat Darren Lok bersama PJ City dan skuad kebangsaan. Bersama PJ City musim ini, Darren telah meledak 12 gol daripada 22 penampilan dalam Liga Super dan Piala FA.

Manakala bersama skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon, Darren sudah meledak 1 jaringan iaitu ketika menewaskan Bangladesh 4-1 dalam pusingan Kelayakan Piala Asia 2023. Kerajinan Darren setiap kali diturunkan turut berjaya menambat hati para penyokong.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram