Darren Lok Dah Ada Pesaing
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Penyerang Sabah FC dan Harimau Malaya, Darren Lok kini tidak lagi boleh berada di zon yang selesa bersama Sabah selepas pasukan itu membawa penyerang baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Darren kerana kecederaan.

Penyerang yang dimaksudkan itu adalah penyerang dari Brazil, Ramon Machado. Ramon tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mempamerkan bisa bersama Sabah. Pada aksi menentang Kuching City FC semalam, Ramon berjaya meledak dua gol bagi membantu Sabah mencipta kemenangan 4-3.

Dengan dua gol yang dijaringkan Ramon itu, Ramon dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Selepas Ramon menunjukkan kecemerlangan pada aksi sulung beliau, sudah tentu posisi Darren Lok sebagai penyerang utama Sabah sedikit tergugat.

Advertisements

Sebelum ini, Sabah sudah membawa masuk Jacob Njoku pada awal musim dan Darren memenangi persaingan apabila kerap diturunkan sebagai penyerang utama. Jodoh Njoku bersama Sabah terlerai apabila Sabah mengumumkan telah melepaskan Njoku secara percuma.

Untuk musim ini, Darren Lok telah berjaya meledak empat gol dalam 12 penampilan. Darren dibawa masuk ke Sabah Januari lalu selepas meninggalkan pasukan Petaling Jaya City (PJ City) yang menarik diri untuk beraksi di Liga Super musim ini.

Advertisements

Bersama PJ City, Darren berjaya membuka mata ramai pihak apabila beliau berjaya meledak 15 jaringan dalam kesemua 33 penampilan bersama kelab yang sangat sinonim dengan tenaga tempatan itu. Selain itu, kerajinan beliau di atas padang juga kerap menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram