Darren Lok: Saya Bukan Penyerang Yang Suka Tunggu Bola
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Penyerang tengah pasukan negara, Darren Lok menjelaskan mengenai ciri-ciri permainannya sehingga berjaya menambat hati jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon.

Pemain kelahiran Malaysia-England ini yakin antara salah satu faktor yang menyebabkan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu terpikat dengan aksinya adalah disebabkan beliau merupakan seorang pemain yang bekerja keras di atas padang.

“Saya tahu yang jurulatih (Kim Pan-gon) selalu datang untuk melihat perlawanan PJ City.”

Advertisements

”Saya pasti beliau melihat aksi saya di atas padang.”

Tambahnya lagi, beliau juga bukanlah seorang pemain yang gemar menunggu bola tiba di kaki, sebaliknya selesa untuk bergerak ke seluruh pelusuk padang bagi mencari ruang dan peluang.

”Dari segi permainan, saya tahu Pan-gon mengenali saya kerana saya bukanlah seperti kebiasaan penyerang yang hanya menunggu bola.”

Advertisements

“Saya akui lebih selesa untuk menekan barisan pertahanan dan mencari bola dan saya percaya beliau (Pan-gon) mencari aspek ini dalam sistemnya,” jelasnya dalam Bola Itu Life.

Bekas pemain JDT ini juga kini cemerlang mengemudi jentera serangan PJ City apabila sudah mencetak 5 gol setakat ini.

Kecemerlangan prestasi Darren sudah pasti bakal jadi taruhan Pan-gon pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada bulan September nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram