Tangisan ‘RM 446 Juta’ Darwin Nunez Bertukar Trofi Bermakna Buat Liverpool

Nunez Liverpool 4 Tangisan 'RM 446 Juta' Darwin Nunez Bertukar Trofi Bermakna Buat Liverpool
Foto: Liverpool FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Penyerang baharu pasukan Liverpool FC, Darwin Nunez membuktikan kalibernya sebagai peledak berbisa apabila membantu  pasukan menewaskan Manchester City 3-1.

Bekas peledak berbiasa Benfica ini dimasukkan pada minit ke-59 bagi menggantikan Roberto Firmino jelas memberi impak yang cukup besar buat pasukan Jurgen Klopp.

Advertisements

Beliau bergandingan dengan cukup baik bersama Luiz Diaz dan juga Mohamad Salah nyata menjadi ancaman terbesar buat anak didik Pep Guardiola.

Malah, pemain yang dibawa dengan tanda harga € 100 Juta ini memperoleh beberapa percubaan terbaik namun tidak tepat ke sasaran.

Advertisements

Nunez memiliki peluang terbaik apabila beliau lolos dan berdepan dalam situasi satu lawan satu dengan Ederson namun kuisannya terkena badan penjaga gol itu.

Hantaran-hantaran lintang daripada duo Full Back Liverpool, Andrew Robertson dan juga Alexander Arnold masih tidak dapat dinoktahkan dengan jaringan.

Advertisements

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba pada masa kecederaan apabila situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Manchester City.

Tandukan Nunez mengesahkan trofi pertamanya sejak tiba ke kelab pada musim panas kali ini sekaligus bakal menjadi antara prospek terbaik di EPL musim ini.

Advertisements

Beliau dijangka akan terus menjadi sandaran utama The Reds tatkala Diogo Jota sedang mengalami kecederaan manakala Sadio Mane telah pun berhijrah ke Bayern Munich.