Darwin Nunez ‘RM446 Juta’ Buat Hal Lagi
Dunia
Crystal Palace FC
Advertisements

Aksi memukau yang ditampilkan oleh penyerang baharu Liverpool, Darwin Nunez ketika menentang Crystal Palace dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung di Singapura semalam.

Anak didik Jurgen Klopp turun dengan misi untuk mencari kemenangan apabila mereka  dibelasah oleh Manchester United dengan keputusan 4-0.

Klopp tidak lagi mahu bereksperimen apabila menurunkan hampir kesemua kesebelasan terbaiknya dalam perlawanan ini.

Advertisements

Namun begitu, penyerang muda Uruguay ini dimasukkan sebagai pemain gantian bagi menajamkan lagi barisan serangan The Reds sungguhpun telah mendapat gol menerusi kapten pasukan, Jordan Handerson.

Aksi beliau mendapat respon yang pelbagai daripada penyokong bola sepak tatkala beberapa peluang keemasan dilepaskan dengan begitu mudah.

Nunez gagal menyepak bola dengan kemas apabila satu hantaran lolos yang dilakukan oleh rakan sepasukan tidak dapat dibaca dengan baik olehnya.

Advertisements

Hal ini menyebabkan beliau melepaskan peluang buat pasukannya untuk menggandakan kedudukan.

Bukan itu sahaja, bekas penyerang Benfica ini juga gagal menahan hantaran Thiago apabila cubaan beliau untuk membuka ruang buat rakan sepasukannya tersasar jauh.

Tampanan dan juamga hantaran-hantaran yang dilakukan oleh beliau seringkali tidka tepat malah cubaan untuk melakukan first touch juga tidak berjaya dilakukan dengan baik.

Advertisements

Hal ini juga telah menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai tanda harga yang dibayar untuk mendapatkan pemain ini.

Klopp bagaimanapun kekal tenang sambil mahu memberikan lebih banyak waktu buat pemain muda ini untuk menyinar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram