Darwin Nunez Akui Tak Faham Arahan Klopp
Dunia
The Guardian
Advertisements

Penyerang muda Liverpool, Darwin Nunez mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di Kelabnya terutama bersama ketua jurulatih, Jurgen Klopp.

Bintang kelahiran Uruguay itu tiba di Merseyside pada rekod tanda harga yang begitu tinggi tetapi masih gagal memberikan impak yang diharapkan.

Beliau juga sering dibayangi dengan kehebatan Erling Haaland yang kini menyerlah di Manchester City sedangkan beliau kekal tandus di hadapan gol lawan.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui masalah komunikasi menjadi antara penghalang buatnya dalam usaha mendalami falsafah permainan pengendali kelahiran Jerman tersebut.

“Secara jujurnya saya tidak faham satu perkara pun yang disampaikan oleh Klopp ketika ucapan bersama pasukan.”

“Saya juga akan bertanya kepada rakan sepasukan tentang arahan beliau untuk kami di atas padang.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, Nunez mengakui teruja dengan pendekatan yang dibawa oleh Klopp dan bersedia untuk memberikan segalanya sekiranya diberi peluang.

“Saya rasa beliau (Klopp) sangat jelas dengan cara beliau mahu kami bermain,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Bekas penyerang Benfica SC ini tampil cemerlang membantu Liverpool untuk mengatasi Rangers dalam saingan UCL pagi tadi. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram