De Bruyne Dirakam Memegang Erat Jersi  Manchester United
Dunia
Joe & Gantoise
Advertisements

Perancang tengah sensasi Manchester City, Kevin De Bruyne meraih perhatian selepas beliau dilihat bergambar dengan memegang jersi Manchester United.

Pemain berusia 30 tahun itu mencipta fenomena di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama City termasuklah beberapa kali menjulang kejuaraan liga.

Peranan yang dimainkan olehnya di atas padang telah menjadi kunci kepada kejayaan The Citizens sungguhpun masih belum mengecapi kejuaraan UCL.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pemain kelahiran Belgium itu pernah meraih perhatian apabila melengkapkan rekod perpindahan ke City pada tahun 2014.

Ketika itu, United dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan tandatangannya namun tidak mahu mengeluarkan belanja yang besar untuk membawa masuk bekas pemain Chelsea ini.

Menerusi satu hantaran video, De Bruyne dilihat memegang jersi Manchester United yang diberikan oleh rakannya.

Advertisements

Reaksinya mencuri perhatian apabila beliau kelihatan tidak mampu untuk menahan ketawanya sambil bertanya adakah beliau perlu menghapuskan jersi tersebut.

Bermain buat kedua-dua pasukan bukanlah perkara asing lagi tatkala nama-nama seperti Carlos Tevez, Andy Cole, Peter Schmeichel, Denis Law dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, perkara ini dianggap hanyalah berbentuk gurauan terhadpa De Bruyne yang baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang untuk terus kekal di City.  

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram