EPL
Manchester United
Advertisements

Bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea tidak teragak-agak membidas legenda kelab, Roy Keane awal pagi ini.

Penjaga gol Sepanyol itu berbuat demikian selepas Keane dan beberapa legenda United lain menganggap Bruno Fernandes tidak layak menjadi kapten The Red Devils.

Selepas melihat United tewas 3-0 kepada City pada minggu lepas, akhbar Manchester Evening News melaporkan bekas kapten Ireland itu bersedia menggugurkan Fernandes sebagai kapten.

Advertisements

Keane berpandangan sedemikian kerana pemain tengah Portugal itu dilihat tidak memiliki kelayakan sebagai kapten.

“Fernandes seorang pemain yang hebat. Dari segi keupayaan sebagai kapten, beliau berlawanan dengan apa yang saya mahukan sebagai kapten,” katanya.

Di sebalik kritikan terhadap bekas bintang Sporting Lisbon itu, pengurus Erik ten Hag tetap mengekalkan kepercayaan kepada Fernandes sebagai kapten.

Advertisements

Kepercayaan itu dibalas dengan gol beliau pada minit ke-90 yang membantu United mengatasi Fulham 1-0 semalam.

Susulan itu, de Gea kemudiannya membidas Keane menerusi satu komen pedas dalam hantaran Instagram terbaru Fernandes.

“Anda bukannya kapten yang sesuai,” katanya di ruang komen. Komen tersebut turut mendapat sokongan bintang remaja United, Kobbie Mainoo.

Advertisements
2023 11 05 07.23.24 www.instagram.com 1caa46f58582 De Gea Perli Roy Keane

Kemenangan semalam diharap dapat membantu United meneruskan momentum dalam perlawanan keempat UCL menentang FC Copenhagen pada awal pagi 9 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram