De Paula Baling Jersi Pada Penyokong, Raih Tepukan Dan Semangat Baru
Piala AFF
Twitter @isasukeyell
Advertisements

Penyerang Harimau Malaya, De Paula sebelum ini seringkali menjadi bualan dan perhatian penyokong skuad negara. Bukan sahaja prestasi beliau tetapi setiap tingkah lakunya ketika di atas padang mahupun di luar padang turut dipertikai peminat setia tanah air.

Akan tetapi setiap yang berlaku, beliau bersikap positif menerima segala kritikan baik ataupun buruk dan menganggap perkara itu sebagai salah satu pembakar semangat buat dirinya.

Walaubagaimanapun tidak semua penyokong Harimau Malaya mempertikaikan aksi pemain naturalisasi itu kerana beliau telah membuktikan semangat yang tinggi dalam aksi kedua Kumpulan B selepas mengantikan Safawi dalam 10 minit yang terakhir.

Advertisements

Dalam perkembangan ini, De Paula perlu mencabar dirinya dan pertingkatkan lagi kemampuan beliau di atas padang oleh kerana persembahan anak tempatan yang telah membuktikan prestasi yang cukup cemerlang dalam dua saingan kumpulan.

Selepas tamat permainan De Paula mendapat tepukan yang gemuruh dan semangat daripada penyokong Harimau Malaya dan beliau terus membaling jersi kepada peminat, tanda beliau amat menghargai setiap sokongan yang diberikan.

Malaysia bakal bertemu Vietnam Ahad ini (12 Disember) untuk aksi ke-3 Kumpulan B, Piala AFF 2020.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram