Thailand yang sebelum ini tewas 2-1 ketika berhadapan Malaysia di Bukit Jalil, Kuala Lumpur merangka taktikal khas untuk mengekang ancaman dari pemain naturalisasi Malaysia.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh media Thai FA dan laman berita Thairath, Ketua Jurulatih Thailand dari Jepun, Akira Nishino sedar ancaman dan asakan yang bakal diterima pasukannya apabila berhadapan pemain naturalisasi Malaysia seperti De Paula dan Liridon Krasniqi.
“Thailand terus berlatih. Fokus untuk mengatur permainan secara menyerang dan menjaringkan gol. Mengukuhkan bahagian pertahanan termasuk memperincikan pelbagai taktik untuk mempersiapkan bertemu Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia.”
“Kami telah melihat cara Malaysia bermain dan pemain yang bakal digunakan untuk menentang Thailand.”
“Saya telah dimaklumkan setiap posisi pemain adalah sangat baik.”
“Terutamanya warga asing (De Paula, Liridon, dan Sumareh) yang mereka (Malaysia) telah naturalisasikan.”
“Sekarang kita perlu bekerjasama kerana pemain muda kita agak lesu sekarang.”
Apabila ditanya berkenaan kekuatan sebenar Malaysia, beliau menjawab:
“Penyerang naturalisasi mereka (De Paula) dan juga pertahanan mereka yang kuat.”
“Apabila berhadapan dengan pasukan seperti ini kita perlu mengubah cara kita bermain bersama.”
“Bermain dengan menyerang adalah satu-satunya cara untuk menewaskan Malaysia.”