De Paula Terus Dapat Mandat Cheng Hoe Kemudi Jentera Serangan Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Guilherme De Paula sekali lagi bakal menggalas tugas besar apabila beliau tersenarai dalam skuad yang akan menjalani latihan menjelang kejohanan Piala AFF Disember ini.

Bekas penyerang pasukan Perak ini sedang menikmati rentak terbaiknya bersama pasukan apabila dilihat beberapa kali diturunkan dalam aksi Piala Malaysia termasuklah satu gol yang berjaya dijaringkan olehnya ketika bertemu dengan pasukan Kelantan FC.

Pemain berusia 35 tahun itu membentuk keserasian yang sangat mantap bersama rakan sepasukan apabila gerakan yang dilakukan oleh beliau sering membuat pertahanan lawan tidak senang duduk.

Advertisements

Bukan itu sahaja, peranan yang dimainkan olehnya memberi kelebihan buat jentera serangan JDT untuk terus mengasak melalui gerakan di bahagian sayap pasukan.

Selain itu, kelebihan fizikal dan juga ketinggian yang ada pada pemain kelahiran Brazil ini pastinya dilihat sebagai aset buat Harimau Malaya dalam usaha untuk memberi saingan terbaik kepada pasukan gergasi seperti Vietnam dan juga Thailand.

Faktor pengalaman beraksi di pentas tertinggi iaitu dalam kejohanan Liga Juara Juara Asia ( ACL) pastinya ditagih oleh Cheng Hoe untuk membentuk sebuah pasukan yang ampuh dalam saingan kali ini.

Advertisements

Pada musim ini, De Paula sudah berjaya menjaringkan 4 gol dan melakukan 3 bantuan gol selain memainkan peranan yang baik di atas padang.

Ini sudah pasti menjadi medan terbaik buat penyerang ini membuktikan kemampuannya setelah tidak menampilkan aksi yang kurang memuaskan ketika aksi kelayakan Piala Dunia sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram