Debut Cemerlang Luqman Hakim Di Belgian Pro League

October 24, 2020

Luqman Hakim mencatat satu sejarah buat Malaysia apabila menjadi antara pemain termuda dalam sejarah Liga Pro Belgium yang diberikan peluang beraksi.

Luqman, 18, sebelum ini berjaya menambat hati ketua jurulatih pasukan senior, Yves Vanderhaeghe yang menganggap Luqman sebagai pemain muda yang pantas dan berbakat.

loading...

Luqman yang dimasukkan pada minit ke-73 tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan sesuatu apabila beliau berjaya membantu barisan tengah dan sesekali melakukan gerakan berbahaya dari bahagian kanan.

Kortrijk yang ketinggalan 0-3 kelihatan meningkatkan asakan dan kemasukan Luqman sedikit banyak kelihatan membantu pasukan tuan rumah untuk mengekang dan melancarkan serangan.

Luqman kelihatan sedikit gugup sebelum dimasukkan.

Luqman berjaya mencatat 1 pra-bantuan gol apabila hantarannya kepada rakan sepasukannya berjaya memberikan sepakan penalti buat Kortrijk yang disempurnakan Iiolombe Mboyo pada minit ke-78.

Perlawanan kekal 1-3 dengan Anderlecht menewaskan tuan rumah KV Kortrijk 1-3 di Stadium Guldesporen.

Aksi 20 minit Luqman dalam debutnya bersama skuad senior KV Kortrijk boleh dikatakan baik dan Luqman tidak kelihatan gugup beraksi sepanjang perlawanan.

6,085 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

loading...