Ads
Liga Super
Sri Pahang FC

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi sungguh mengerikan tatkala beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kadar segera.

Advertisements

Aksi yang melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang itu berlangsung dengan cukup baik sebelum insiden tersebut mengubah wajah perlawanan.

Advertisements

Keadaan ini terjadi melibatkan pertembungan antara penjaga gol yang dipinjamkan dari JDT itu yang berlaga dengan pertahanan Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar dalam kotak penalti.

Advertisements

Advertisements

Keadaan ini berlaku begitu pantas lalu memperlihatkan kelibat Izham yang sudah terbaring di atas padang.

Beliau difahamkan sudah pun dikejarkan ke hospital dengan kadar segera tatkala mengalami pendarahan yang agak teruk.

Advertisements

Perlawanan berlangsung dengan cukup sengit antara anak didik Fandi Ahmad dan juga K. Devan namun Negeri Sembilan tampil mendahului perlawanan menerusi Casagrande.

Advertisements

Namun begitu, Sri Pahang memadam kelebihan tersebut dengan jaringan penyudah yang cukup cantik oleh Abdul. Malik Mat Ariff.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram