Debut Liridon Krasniqi Terima Pujian Penyokong Newcastle Jets
Dunia
Advertisements

“Dalam waktu yang singkat, dia adalah pemain terbaik dalam padang,” jelas Paul Newey, penyokong pasukan Newcastle Jets.

Liridon Krasniqi yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim ke kelab Australia, Newcastle Jets tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan kemampuannya.

Aksi cemerlang Liridon mendapat perhatian penyokong Newcastle yang beranggapan Liridon sepatutnya dimasukkan lebih awal. Walaupun Liridon hanya dimasukkan pada minit ke-84 perlawanan, beliau kelihatan tidak gugup dan melakukan beberapa gerakan dan asakan menarik seolah-olah sedang bermain dengan ‘budak sekolah’.

Advertisements

Liridon terkenal dengan aksi penguasaan bolanya yang tinggi dan kretiviti dalam mengawal bahagian tengah mana-mana pasukan yang diwakilinya.

“Beliau hanya di dalam padang selama 10 minit. Selepas ini masukkan dia (Liridon) lebih awal dan beliau mungkin akan memberikan lebih impak,” jelas Mitchell Field penyokong Newcastle Jets.

Selain itu penyokong Newcastle Jets juga yakin Liridon bakal menjadi pemain kegemaran penyokong.

Advertisements

“Ramai penyokong tidak mempercayai Liridon bagus atau tidak untuk A-League kerana dia dipinjam dari kelab Malaysia dan beliau bermain bersama pasukan kedua JDT. Tetapi beliau tidak memperoleh waktu bermain yang cukup kerana jurulatih di sana dan tiada sebab lain. Beri dia masa dan lambat laun kita akan menggemarinya”, jelas Jason Goh pula.

Dalam perlawanan tersebut, Newcastle Jets tewas 2-1 menentang Sydney FC.

Liridon merupakan antara pemain naturalisasi terbaru Malaysia dan dijangka bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya dalam baki perlawanan kelayakan Piala Dunia/Asia yang bakal berlangsung di UAE pada bulan Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram