Declan Lambert: Aksi Ini Demi Maruah Rakyat Malaysia
MakanBola
MALAYSIA NT

Pemain pertahanan KL City FC, Declan Lambert menganggap aksi Vietnam vs Harimau Malaya ialah maruah rakyat Malaysia.

Pemain berusia 27 tahun itu berpandangan sedemikian apabila Malaysia bakal turun dalam aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 di Nam Dinh pada 31 Mac ini dengan menentang tuan rumah, Vietnam meskipun ditolak 6 mata pada 17 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, Malaysia telah mengesahkan bahawa tidak akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi susulan pemotongan mata yang dikenakan akibat isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan.

Menurut Declan Lambert, memang sukar untuk terima apabila Malaysia sudah tersingkir, tetapi perlawanan yang ada tetap penting untuk buktikan kita masih mampu bersaing dan menang.

Ia juga soal semangat dan maruah sebagai rakyat Malaysia, jadi kita tetap perlu beri yang terbaik walaupun keadaan tidak memihak.

“Memang sukar untuk diterima kerana Malaysia sudah tersingkir, tetapi perlawanan ini tetap penting untuk membuktikan kita masih mampu bersaing dan menewaskan pasukan-pasukan lain walaupun sudah tersingkir.”

“Ini juga untuk menunjukkan semangat dan maruah sebagai rakyat Malaysia.”

Tambah beliau, memang rasa kecewa itu ada. Tambahan pula dengan usia yang semakin meningkat, ia bukan sesuatu yang mudah. Sebab itu penting untuk sentiasa jaga kesihatan, kekalkan kecergasan, dan terus berusaha supaya masih berpeluang dipanggil ke kem seterusnya.

“Sudah tentu ia sangat mengecewakan. Usia semakin meningkat bukan sesuatu yang mudah, jadi saya perlu pastikan diri sentiasa sihat, cergas, dan terus berjuang untuk dipanggil ke kem seterusnya,” katanya dalam satu video yang dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada media, hari ini.

Skuad kebangsaan yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berentap dengan Vietnam di Stadium Thieng Truong, Nam Dinh pada 31 Mac ini.