Delegasi ITF Lawat Stadium Sultan Ibrahim
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dikenali ramai sebagai stadium keramat pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Dan disebabkan ia mesra orang kelainan upaya (OKU), ia turut menjadi pilihan lawatan delegasi Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) beberapa hari lepas.

Pada 5 Julai lalu, pengurusan JDT FC mengalu-alukan lawatan delegasi ITF yang diatur Tourism Johor ke SSI. Delegasi ini terdiri daripada 45 pemain tenis kerusi roda dari pelbagai negara termasuk Malaysia.

Mereka baru saja menamatkan saingan Terbuka Johor 2023 yang berakhir pada 4 Julai lepas. Selepas itu, mereka akan bertolak pula ke Kuala Lumpur untuk menyertai Terbuka Malaysia 2023 yang bermula pada minggu hadapan.

Advertisements

Justeru, lawatan delegasi ITF ini dilihat memberi peluang kepada mereka untuk berehat sebelum fokus kepada kejohanan seterusnya.

Delegasi ITF berpeluang meninjau pelbagai kemudahan yang ada di SSI termasuk bilik persalinan pemain. Malah, disebabkan kemudahan stadium yang mesra OKU, mereka juga berpeluang berada di padang stadium tersebut.

Keprihatinan pengurusan JDT FC menyediakan kemudahan mesra OKU di SSI mendapat maklum balas positif penyokong JDT FC di media sosial. Ini menunjukkan kelab mengambil berat kebajikan individu tanpa mengira status fizikal yang bertandang ke SSI.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram