“Di JDT Tiada Posisi Yang Selamat”- Shahrul Saad
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Umum mengetahui bahawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya merangkul semua kejuaraan yang dipertandingkan di Liga Malaysia. Dengan menjulang Liga Super, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia, ianya menjadikan JDT satu-satunya pasukan merangkul kesemua empat trofi dalam satu musim.

Kebanjiran pemain berkualiti dalam pasukan JDT juga membawa kepada persaingan sihat dalam merebut setiap posisi supaya disenaraikan pada hari perlawanan. Perkara tersebut diakui oleh pemain pertahanan JDT, Shahrul Saad.

Shahrul atau lebih mesra dengan panggilan Badak menganggap bahawa tiada satu posisi pun yang selamat untuk dihuni oleh mana-mana pemain. Sudah pasti keputusan pemilihan pemain pada hari perlawanan akan dinilai oleh panel kejurulatihan sebelum dimuktamadkan.

Advertisements

“Saya tak tahu nak cakap macam mana kerana di JDT, tiada posisi yang selamat. Kami akan bersaing secara profesional. Kami saling membantu antara satu sama lain. Yang paling penting, pemain yang diberikan tugas perlu berikan yang terbaik untuk JDT,” jelas Shahrul megenai persaingan hebat di JDT.

Dalam masa yang sama, Shahrul berpendapat peranan Tengku Mahkota Johor (TMJ) selaku pemilik kelab sangat luar biasa. TMJ sentiasa memberi semangat dan dorongan agar para pemain dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam permainan.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam, JDT berjaya bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum duo berbisa mereka iaitu Bergson dan Forestieri meledak untuk mengubah keputusan menjadi 2-1 sekali gus menghadiahkan piala keempat buat JDT musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram