Dilucutkan Sebagai Kapten, Harry Maguire Luahkan Perasaan Sedih
EPL
@HarryMaguire93
Advertisements

Bek tengah England, Harry Maguire mengumumkan bahawa beliau bukan lagi kapten Manchester United.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Erik ten Hag memutuskan untuk melantik seorang kapten baru menjelang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula pada bulan hadapan.

“Selepas berbincang dengan pengurus hari ini, beliau memberitahu saya bahawa beliau akan menukar kapten. Beliau menyatakan sebab-sebabnya kepada saya dan walaupun saya amat kecewa, saya akan terus memberi yang terbaik setiap kali menyarung jersi ini.

Advertisements

“Jadi, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong Manchester United atas sokongan yang diberi semasa saya bergelar kapten,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, Maguire menyifatkan perlantikan sebagai kapten Red Devils oleh Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini sebagai satu penghormatan. Justeru, beliau mengharapkan sesiapa saja yang dilantik selepas ini dapat mengetuai United ke mercu kejayaan.

“Sejak hari saya memegang peranan ini tiga setengah tahun yang lalu, ia merupakan satu penghormatan mengetuai Manchester United dan salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya sehingga kini.

Advertisements

“Ia merupakan satu penghormatan terbesar dalam kelab bola sepak. Saya sudah melakukan semua perkara termampu untuk membantu United berjaya – dalam dan luar padang.

“Saya sentiasa berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana memberi tanggungjawab ini kepada saya dan saya berharap sesiapa yang mengambilnya dapat membawa pasukan ke arah kejayaan dan mereka akan mendapat sokongan penuh daripada saya,” tambahnya.

Ramai penyokong Red Devils menjangkakan peranan tersebut akan digalas oleh Bruno Fernandes berikutan beliau banyak menggalas peranan itu pada musim lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram