Dion Cools Bakal Terlepas Panggilan Harimau Malaya?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools dijangka akan terlepas panggilan untuk membarisi skuad kebangsaan menjelang dua aksi persahabatan menentang Papua New Guinea dan juga Kepulauan Solomon Jun ini.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan nadi utama di bahagian pertahanan Malaysia sejak tahun lalu terus menjadi sandaran utama pasukan.

Beliau yang kini beraksi bersama juara Liga 1 Thailand, Buriram United kini berada pada motivasi terbaik selepas menjulang tiga trofi pada musim pertamanya di Asia Tenggara.

Advertisements

Bekas bintang Club Brugge ini bagaimanapun dikhabarkan akan terlepas panggilan bagi memperkuatkan skuad kebangsaan kali ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Hafizal Hamad dalam segmen Nindia Bola yang memberitahu bahawa ada kemungkinan besar Cools tidak berada dalam senarai panggilan kali ini.

Ini susulan beliau bakal melangsungkan perkahwinan sekaligus menyaksikan khidmatnya terpaksa dilupakan.

Advertisements

Namun begitu, Kim Pan-gon dijangka akan kekal mempertaruhkan barisan kebiasaaan Malaysia dengan beberapa pertukaran kecil bakal dilakukan.

Beberapa pemain skuad bawah 23 tahun negara juga difahamkan berada dalam radar pengendali kelahiran Korea Selatan ini untuk dibawa ke Terengganu kelak.

Malaysia bakal bertemu Kepulauan Solomon pada 14 Jun 2023 sebelum menghadapi tentangan Papua New Guinea pada 20 Jun 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram