Advertisement
Dion Cools Buat ‘Hal’ Di Thailand
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United

Pertahanan kental Buriram United, Dion Cools kembali menjadi bualan ramai di Thailand ketika ini.

Pemain berusia 26 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan pentas bola sepak Eropah dan membawa haluan ke Asia dengan menyertai pasukan tersebut.

Bekas pemain Club Brugge ini sudah pun memasuki musim keduanya selepas melengkapkan perpindahan dari FK Jablonec di Republik Czech Januari lalu.

Beliau membantu Buriram untuk menjulang tiga trofi musim lalu termasuklah mengekalkan dominasi dalam saingan liga.

Cools bagaimanapun mencuri tumpuan para peminat apabila tampil dengan gaya baharu ketika sesi latihan.

Pemain kelahiran Sarawak ini dilihat tampil berkepala botak sekaligus menerima pelbagai reaksi terutamanya para penyokong Malaysia yang mengikuti perkembangan beliau.

Keadaan terbarunya itu juga diperkatakan kerana beliau menjalani rawatan penanaman rambut setelah selesai melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya baru-baru ini.

Cools beraksi sebanyak 21 perlawanan dan kebanyakannya dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Masatada Ishii.

Beliau dijangka akan terus menjadi taruhan pasukan dengan Buriram juga telah mengumumkan ketibaan beberapa tonggak import baharu bagi musim 2023/2024.