Dion Cools Catat Penilaian Tertinggi vs Vissel Kobe
MakanBola
Cerezo Osaka

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools mempamerkan aksi mantap dalam aksi terbaru J-League 1 antara Cerezo Osaka dan Vissel Kobe baru-baru ini.

Hal ini dibuktikan menerusi penilaian yang dibuat Sofascore untuk perlawanan itu. Cools menjadi pemain terbaik Cerezo dengan mendapat markah 7.4.

Bekas pemain pertahanan Buriram United itu mengatasi dua rakan sepasukan, Shinnosuke Hatanaka dan kapten, Shunta Tanaka. Hatanaka dan Tanaka masing-masing mendapat markah 7.1 dan 7.0.

Cools menunjukkan prestasi mantap apabila mendapatkan semula penguasaan bola sebanyak lapan kali dan mengeluarkan bola sebanyak tiga kali.

Bekas pemain pertahanan FC Brugge itu turut merekodkan ketepatan hantaran sebanyak 80% dan bergerak meliputi jarak 10 kilometer (km).

Meskipun begitu, prestasi baik Cools tidak dapat membantu Cerezo meraih kemenangan ketiga liga musim ini. Penalti Ren Komatsu pada separuh masa kedua memastikan tiga mata penuh milik Kobe.

Cools dan Cerezo berharap dapat bangkit apabila menentang pendahulu liga, Kashiwa Reysol pada 2 September ini. Cerezo turut memperkuatkan cabaran pasukan dengan merekrut bek kiri Sepanyol, Javi Hernandez.

Hernandez menjadi rekrut import ketiga kelab J-League 1 itu selepas pemain tengah Australia, Jackson Irvine dan penyerang Syria, Pablo Sabbag.