Nilai Pasaran Dion Cools & Warisan Baharu, Brad Tapp Catat Perbezaan
MakanBola
Malaysia NT/CCM

Perbezaan jurang nilai pasaran antara kapten Harimau Malaya, Dion Cools dan juga tonggak warisan baharu negara, Brad Tapp.

Harimau Malaya dikhabarkan bakal memiliki pemain warisan baharu menjelang saingan FIFA ASEAN Cup 2026 – sekali gus menambah kekuatan dan persediaan pasukan kebangsaan ke kejohanan tersebut.

Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal azam menyatakan bahawa Harimau Malaya bakal menerima empat pemain berstatus tempatan baharu iaitu Bergson Da Silva, Shane Lowry, Manuel Hidalgo (naturalisasi) dan juga Brad Tapp selaku pemain warisan.

Brad kini menjadi tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi keluarganya yang merupakan warganegara.

Penambahan beliau menyaksikan posisi pertahanan tengah/kanan buat Harimau Malaya bertambah – dengan beberapa pemain utama seperti Dion Cools, Junior Eldstal dan Matthew Davies boleh bermain pada posisi tersebut.

Kemas kini laman Transfermarkt menujukkan nilai pasaran Dion, bintang Cerezo Osaka di Jepun kini mencecah 700,000 Euro (RM3.2 Juta) manakala Brad Tapp kini menjangkau nilai 500,000 Euro (RM2.3 Juta).

Cools – pemain berusia 29 tahun itu kini menjadi sandaran utama Cerezo Osaka di Jepun selepas beraksi di sana sejak tahun 2025 selain merekodkan 32 penampilan sehingga musim 2026-27.

Tapp pula kini diberi kepercayaan penuh oleh ketua jurulatih, Xisco Munoz untuk tampil dalam kesebelasan utama termasuklah aksi kental ketika membantu JDT untuk menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2026-27.

Kehadiran tonggak berkualiti penting buat Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan A, Divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026 bersama Indonesia, Bangladesh dan juga Singapura bermula 24 September hingga 3 Oktober 2026.