Kapten Harimau Malaya, Dion Cools membantu Cerezo Osaka menamatkan rekod tanpa kalah pendahulu J-League 1, Kashiwa Reysol dengan merekodkan kemenangan 2-0.
Selepas tewas 1-0 di tangan Vissel Kobe, anak buah Pablo Machin berharap dapat bangkit semula apabila bertemu Kashiwa di gelanggang sendiri.
Solomon Sakuragawa menjadi pemusnah pasukan pelawat apabila meledakkan dua gol pada minit ke-20 dan penalti pada minit ke-68.
Kemenangan itu menyaksikan Cerezo kini di tangga keenam liga dengan sembilan mata. Kashiwa pula dipintas Machida Zelvia sebagai pendahulu liga dengan 13 mata.
Kemenangan ini juga signfikan kerana Kashiwa antara lima wakil Jepun yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim ini.
Cools terus mempamerkan aksi konsisten sebagai tonggak di bahagian pertahanan. Beliau merekodkan markah 7.4 hasil penilaian Sofascore dengan Sakuragawa dipilih pemain terbaik perlawanan dengan 9.0 mata.
Prestasi cemerlang Cools, Rikito Inoue, Shinnosuke Hatenaka dan penjaga gol, Kosuke Nakamura memastikan Kashiwa pulang tanpa sebarang mata.
Selepas ini, Cools dan Cerezo berharap dapat terus mendaki liga apabila bertemu Tokyo Verdy pada 6 September.