Dion Cools Dalam Kalangan Penerima Gaji Tertinggi Di Buriram United
Asia Tenggara
MakanBola
Buriram United
Advertisements

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools dilaporkan antara pemain yang menerima gaji tertinggi buat kelab Buriram United bagi musim 2023.

Penyerang kelahiran Slovenia, Haris Vučkić muncul penerima gaji tertinggi apabila menerima £8,200 seminggu diikuti pemain tengah bertahan, Goran Čaušić dengan bayaran £7,200 seminggu.

Advertisements

Menurut laman web Salary Sport, Dion Cools meraih gaji sebanyak £5,400 seminggu bersamaan dengan RM 31407.82 dan merupakan penerima gaji ke-7 tertinggi untuk Buriram United.

Pasangan Dion Cools dibahagian pertahanan tengah Buriram, Kim Min-Hyeok pula menerima £6,000 seminggu dan berada dikedudukan ke-5 tertinggi.

Advertisements

Pemain Thailand yang meraih gaji tertinggi berada dikedudukan ke-8 selepas Dion Cools iaitu pemain tengah Theerathon Bunmathan.

Bunmathan yang kini berusia 33 tahun meraih £3,600 seminggu bersama Buriram United.

7 pemain menerima gaji paling tinggi di Buriram United ketika ini merupakan pemain import seperti Haris Vučkić, Goran Čaušić, Lonsana Doumbouya, Ramil Şeydayev, Kim Min-Heyok, Nicolao Dumitru dan juga Dion Cools.

Advertisements

Pemain yang menerima gaji paling rendah ialah Arthit Bootjinda iaitu sebanyak £180 seminggu dan juga pemain muda, Jirapong Pungweerawong sebanyak £60 seminggu.

Buriram United dilaporkan membelanjakan sebanyak £3.6 juta setahun untuk membayar gaji para pemain mereka bagi tahun 2023.

Advertisements

News Comments Account