Dion Cools: Ini Cabaran Kecil Kepada Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kapten skuad senior Malaysia, Dion Cools mengakui faktor kecergasan bakal memberi cabaran menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada awal pagi Jumaat.

Isu kecergasan pemain Harimau Malaya menggusarkan penyokong memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 tamat pada Disember lalu.

Dengan saingan Liga M musim 2024-2025 hanya bermula pada Mei ini, ramai bimbang skuad negara akan berdepan kesukaran bila menentang Oman nanti.

Advertisements

Cools mengakui isu ini memberi cabaran kepada skuad negara. Pada masa sama, beliau melihat mentaliti dan semangat juang sebagai kunci untuk mengatasi isu kecergasan di atas padang.

Ini kerana dengan mentaliti bak pejuanglah, Malaysia berpeluang meraih keputusan yang diperlukan di Muscat pada awal pagi Jumaat.

“Macam yang rakan wartawan anda katakan, liga Malaysia belum bermula selepas tamat pada Disember (2023). Ini mungkin satu cabaran kecil buat kita.

Advertisements

“Saya fikir esok kita harus bersedia dari segi mental dan fizikal, kita harus beri 100% dan saya percaya kita boleh melakukannya (dari segi fizikal) dan mental juga.

“Mungkin kita akan keletihan selepas 60, 70, 80 atau 90 minit. Dalam kepala, kita harus bayangkan diri kita kuat dan terus berjuang. Kerana macam jurulatih (Kim Pan-gon) katakan, kita ada cita-cita dan impian besar yang mahu direalisasikan.

“Keputusan di sini boleh dicapai dan begitu juga di Kuala Lumpur. Dari segi luaran, kita belajar, kaji dan melakukan persediaan yang patut.

Advertisements

“Kita tidak tahu tentang cara pemain (Oman) bermain, saya fikir kita tahu apa yang kita patut lakukan. Saya fikir kita bersedia untuk melakukannya,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Astro Arena hari ini.

Cools bakal mengetuai cabaran Harimau Malaya selepas kapten sebelumnya, Matthew Davies terpaksa disisihkan akibat masalah kecederaan.

Malaysia ketika ini mengetuai Kumpulan D dengan enam mata selepas menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan dalam dua aksi kelayakan sebelumnya pada November 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram