Hadiah Terbaik Dion Cools Julang Malaysia Ke Piala Asia
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools menjulang Malaysia ke pentas Piala Asia  selepas menjaringkan gol kemenangbuat negara.

Pertahanan kental Zulte Waregem itu turun dalam kesebelasan utama pasukan sebagai pertahanan tengah dan membentuk gandingan mantap bersama Shahrul Saad.

Cools beraksi dengan cukup tenaga dan juga bijak mengawal tempo permainan untuk membentuk permainan dari bawah.

Advertisements

Ketenangan beliau untuk mengawal keadaan selain kemampuan untuk melakukan hantaran tepat jelas memberi kelebihan kepada pasukan negara.

Kemampuan pemain berusia 26 tahun ini untuk melakukan hantaran-hantaran cantik kepada barisan serangan negara yang diketuai oleh Syafiq Ahmad jelas menjadi aset terbaik negara.

Bekas bintang Club Brugge ini juga memiliki kelebihan untuk melakukan tandukan ketika Malaysia mempunyai peluang dan ruang yang boleh dimanfaatkan dari sudut tersebut.

Advertisements

Hal ini terbukti apabil satu situasi sukar yang terjadi dalam kotak penalti telah dimanfaatkan dengan baik oleh Cools yang melepaskan satu rembatan deras menewaskan penjaga gol pasukan kendalian Javier Cabrera.

Cools juga memiliki teknik yang baik apabila sepakan percumanya hampir-hampir menggandakan kedudukan buat pasukan kendalian Kim Pan-gon.

Beliau seterusnya mengetuai para pemain dan diberikan peranan kapten selepas Syafiq Ahmad dikeluarkan.

Advertisements

Malaysia secara rasminya layak ke Piala Asia sekaligus menamatkan penantian selama 43 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram