Dion Cools Julang Trofi Kedua Di Thailand
Asia Tenggara
@theaseanball
Advertisements

Selepas menjulang gelaran Thai League 1 pada minggu lepas, Dion Cools meraih satu lagi trofi bersama Buriram United. Ini selepas Thunder Castle berjaya menewaskan BG Pathum United 2-0 dalam aksi final Thai League Cup di Stadium Thunderdome semalam.

Turun sebagai pasukan pilihan, anak-anak buah Masatada Ishii membuka tirai jaringan menerusi Goran Causic pada minit ke-13. Tersentak, The Rabbits melancarkan serangan ke arah kubu Buriram tetapi barisan pertahanan diketuai Cools memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Tetapi Thunder Castle lebih bernasib baik apabila mendapat gol kedua menerusi Supachai Chaided pada minit ke-93.

Advertisements

Kemenangan yang diraih bukan saja menyaksikan Buriram meraih gelaran berganda musim ini. Tetapi ini juga merupakan trofi kelima yang dijulang Ishii sejak bergelar jurulatih Thunder Castle 18 bulan yang lalu.

Bagi Cools pula, kejayaan menjulang Thai League Cup merupakan trofi kelapan yang dijulang sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Dan kapten Harimau Malaya itu berupaya menambah koleksi trofinya dengan membantu Buriram menjulang Thai FA Cup.

Final Thai FA Cup bakal berlangsung pada minggu hadapan dengan Thunder Castle bakal berdepan naib juara liga musim ini, Bangkok United. Selepas gagal menghalang Buriram daripada menjulang gelaran liga musim ini, jurulatih interim Bangkok Angels, Tochtawan Sripan pastinya mahu meranapkan impian treble Cools dan Thunder Castle.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram