Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools dijangka akan kekal di bumi Jepun.
Dion Cools yang tiba di Cerezo Osaka selepas tamat kontrak bersama gergasi Thailand, Buriram United pada pertengahan 2025 dijangka bakal meneruskan aksi hebat beliau bersama kelab tersebut bagi musim kedua selepas makluman sebelum ini hanya diikat satu musim.
Sepanjang tempoh bersama Cerezo Osaka, Dion Cools telah mencatatkan 35 penampilan dan berjaya menghasilkan 2 gol dan 2 bantuan jaringan.
Selain itu, beliau turut membantu Cerezo Osaka menamatkan musim terbaru J League 1 di tempat ketiga selepas menewaskan FC Tokyo 5-3 secara agregat pada 6 Jun 2026.
Persembahan Cools mengemudi benteng Cerezo turut mendapat pengiktirafan Sofascore. Bekas tonggak Buriram United itu mendapat markah 7.7 dalam aksi tersebut.
Makluman dari transfermarkt menyaksikan kontrak Dion Cools bersama Cerezo Osaka bakal tamat pada 30 Jun 2027 sekaligus memberikan jangkaan bahawa beliau akan terus kekal beraksi bersama pasukan tersebut bagi musim hadapan meskipun tiada lagi pengumuman rasmi dari kelab Cerezo Osaka.