fbpx
Dion Cools

Dion Cools Korbankan Piala Dunia Demi Malaysia

17,917 views

Dion Johan Cools akhirnya diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai pemain kacukan terbaru yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe.

Cools merupakan pemain yang beraksi bersama pasukan gergasi Denmark, FC Midtylland dan mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi eropah, Liga Juara-juara UEFA.

Cools tidak pernah menyembunyikan hasratnya untuk beraksi bersama pasukan senior Belgium mahupun Malaysia sebaliknya lebih banyak bertenang menerima peluang yang hadir tepat pada waktunya.

Dion Cools merupakan pemain pertahanan keras yang mampu membantu barisan serangan dengan kepantasan lariannya, sepakan deras dan visi permainan yang jelas.

Pada tahun 2019 Dion pernah ditemu ramah wartawan Astro Arena dan jelasnya beliau terbuka untuk mewakili Malaysia namun masih belum menerima undangan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Pada Februari 2020 terdapat desas desus menyatakan Dion bakal dipanggil untuk saingan Piala AFF 2020 namun ianya boleh jadi terbantut berikutan pandemik yang sedang teruk melanda dunia pada waktu tersebut.

Peluang Mewakili Belgium

Peluang Dion untuk mewakili pasukan senior Belgium bukanlah mustahil memandangkan beliau mempunyai minit permainan yang cukup di pentas tertinggi Denmark dan turut beraksi cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara UEFA.

Selain itu Dion juga merupakan kapten pasukan Belgium bawah 21 tahun dan turut menjaringkan banyak gol bersama pasukan pasukan remaja Belgium.

Saingan kuat di posisi pertahanan kanan Belgium sedikit menyukarkan peluang Dion untuk mewakili pasukan senior Belgium berikutan aksi cemerlang Timothy Castagne di Leicester City.

Kini impian rakyat Malaysia untuk melihat Dion Cools beraksi bersama Harimau Malaya bukan lagi mimpi dan ianya kini adalah satu realiti.

Menurut Tan Cheng Hoe, Dion Cools akan diberikan peranan utama sebagai pemain pertahanan tengah dan dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan untuk Cools beraksi di posisi lain.

“Dia (Cools) boleh bermain dipelbagai posisi, pertahanan kanan, kiri dan tengah.”

“Dion adalah pemain utility dan bagus untuk kita mempunyai pemain seperti itu. Beliau berkemungkinan akan diberikan peranan sebagai pemain pertahanan tengah berikutan kecederaan Shahrul Saad.” Jelas Cheng Hoe ketika ditemuramah Astro Arena.

Jangan pula ada yang memanggilnya beraksi di Liga Super Malaysia. Biarlah dia berkelanan di Eropah tanpa sebarang gangguan.

Kongsikan Berita Gembira Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Random TV

Sedang #trending

You May Also Like