Dion Cools Perkuat JDT Musim Depan
Dunia
Edit by SF
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools difahamkan akan perkuat pasukan Johor Darul Ta’zim pada hujung tahun ini seperti yang dinyatakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Menurut Tunku Ismail Idris, Baginda menyatakan bahawa Dion Cools mempunyai keinginan yang tinggi untuk menyarung jersi JDT.

Dalam pada itu, Baginda mengakui bahawa untuk membawa Dion Cools agak sukar ketika ini kerana harga untuk menebus kontrak beliau terlalu tinggi.

Advertisements

“Saya dan Dion Cools mempunyai hubungan baik yang begitu lama dan beliau memang mahu bermain di sini.

“Akan tetapi, situasi sekarang adalah sedikit susah untuk pihak kami kerana perlu membayar pampasan untuk tebus kontrak beliau.

“Saya akan menandatangani Dion Cools kemungkinan pada hujung tahun ini atau tahun hadapan,” Kata TMJ dalam sidang media bersama penyokong di Facebook JDT.

Advertisements

Dalam kelayakan Piala Asia tempoh hari, Dion Cools merupakan watak penting Kim Pan-gon membantu Harimau Malaya ke Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram