Asia

Piala Asia Arab Saudi Berisiko Ditangguh

Hidalgo Khoa Vietnam Malaysia Malaysia NT Piala Asia Arab Saudi Berisiko Ditangguh
Malaysia National Team
Advertisements

Saingan Piala Asia 2027 di Arab Saudi berpotensi ditangguhkan ke tahun 2028.

ASEAN Football melaporkan potensi penangguhan itu semakin meningkat susulan situasi keselamatan di rantau Asia Barat.

Arab Saudi pada ketika ini masih berdepan konflik dengan kumpulan Houthi di Yaman. Konflik tersebut menyaksikan serangan udara Arab Saudi di Yaman dibalas dengan serangan dron dan peluru berpandu oleh pihak Houthi.

Konflik ini mencetuskan kebimbangan tentang faktor keselamatan di Arab Saudi seandainya Piala Asia diteruskan di negara itu.

Selain itu, timbul kebimbangan konflik antara Amerika Syarikat (US) dan Israel dengan Iran kembali meletus. Potensi itu timbul selepas pihak US beberapa kali memberi bayangan akan melancarkan serangan baharu terhadap Iran.

Situasi keselamatan di Asia Barat dijangka menjadi fokus Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi mesyuarat yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 November ini.

Mesyuarat ini bakal menjadi penentu sama ada Piala Asia 2027 akan diteruskan mengikut jadual atau ditangguhkan ke tahun 2028.

Sekiranya penangguhan itu menjadi kenyataan, ini bakal mengganggu perancangan beberapa pasukan. Ini kerana ada pasukan yang mengekalkan jurulatih mereka sehingga saingan Piala Asia 2027.

Antara pasukan yang berbuat demikian ialah Jepun. Jurulatih skuad senior mereka, Hajime Moriyasu menyambung kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) sehingga tamat Piala Asia.

Jika penangguhan itu berlaku, Moriyasu dilaporkan akan tetap meninggalkan Samurai Biru. Tempat beliau dilaporkan bakal diisi oleh Go Oiwa.

Sebelum ini, Moriyasu dikaitkan dengan kerusi panas Harimau Malaya sebagai pengganti tetap Peter Cklamovski. Beliau juga dilaporkan ingin berkelana ke Eropah selepas meninggalkan Jepun.