Advertising
Dion Cools Teruja Lihat Pilihan Kim Pan-gon Ke China
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola

Pemain pertahanan Buriram United, Dion Johan Cools menganggap senarai panggilan pemain kali ini sebagai satu skuad yang lengkap.

Beliau ketika ditemu bual dalam sesi latihan di Wisma FAM akui rindu untuk kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Pemain berusia 26 tahun ini yakin gabungan pemain yang dipanggil kali ini bakal mempersembahkan kualiti permainan yang baik buat peminat dan penyokong Harimau Malaya.

Ad

“Saya melihat kombinasi pemain kali ini amat baik dimana ramai dalam kalangan pemain-pemain sebelum ini yang dikekalkan dan hanya beberapa yang diserap sebagai muka baharu.”

Ad

“Saya kira semua pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan tahu akan tugas masing-masing. Kita mempunyai campuran pemain berpengalaman dan pemain muda, keharmonian pasukan dalam keadaan baik.”

“Kami gembira bersama dan saya mengharapkan ada kejayaan yang akan kami kecapi,” ujar Dion Cools kepada MakanBola.

Ad
Ad

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal terbang ke China bagi menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Syria pada 6 September dan menentang China pada 9 September di Chengdu, China.