Dollah Salleh: Dion Cools Sesuai Ketuai Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang legenda negara, Dollah Salleh merasakan bek tengah Dion Cools mampu mengetuai cabaran Malaysia ke Piala Asia 2023.

Sejak Kim Pan-gon mengambil alih Harimau Malaya pada 2022, beberapa pemain telah diberi kepercayaan memegang lilitan kapten seperti Cools, Matthew Davies dan Faisal Halim.

Dalam beberapa aksi antarabangsa terakhir Malaysia, peranan tersebut dipegang secara bergilir oleh Davies dan Cools.

Advertisements

Bagi Dollah, beliau melihat bek tengah Buriram United itu lebih sesuai menggalas peranan kapten dalam saingan Piala Asia 2023.

Ini kerana Cools dilihat memiliki perwatakan yang diperlukan Harimau Malaya apabila mendepani tiga pasukan Kumpulan E iaitu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

“Saya rasa yang nampak (perwatakan) apa semua (yang sesuai sebagai kapten), nampak pada Dion Cools. Yang saya nampaklah tapi Matt Davies pun nampak baik.

Advertisements

“Tapi di situlah saya nampak (ada kelebihan pada Cools). Dia kena ada satu perwatakan yang boleh mengerah (dan) melakukan semua benda. Itu yang saya nampak pada Dion Cools,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Sejak dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada 2021, Cools telah merekodkan 21 penampilan antarabangsa dan empat gol.

Ini termasuk gol yang dijaringkan semasa menentang Kyrgyzstan dalam aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November lalu.

Advertisements

Khidmat bek tengah berdarah Sarawak-Belgium bakal ditagih Pan-gon untuk aksi pemanas badan terakhir pra-kejohanan menentang Syria pada malam ini.

Selepas Syria, Malaysia bakal memulakan kempen Kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Jordan pada awal pagi 16 Januari 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram