Dominasi JDT Jadi Pemangkin Kejayaan Arena Sukan Di Johor
UltraSukan
HRH Crown Prince of Johor
Advertisements

DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyifatkan kejayaan yang dinikmati Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjadi pembakar motivasi buat arena sukan di negeri itu.

Kenyataan ini diungkapkan baginda semasa menjadi tetamu podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan baru-baru ini.

Baginda melihat kejayaan JDT membakar semangat atlet dari bidang sukan berbeza untuk memburu kejayaan dalam setiap pertandingan.

Advertisements

Ini secara tidak langsung mengharumkan nama Johor di pentas pertandingan baik di peringkat domestik mahupun di peringkat antarabangsa.

“Jika anda dapat lihat apa yang saya lakukan untuk JDT dari segi mentaliti kemenangan dan sebagainya, ia memberi kesan domino kepada sukan-sukan lain.

“Macam kita tengok di Johor beberapa minggu lalu, MSSM kita menang. Kalau kita tengok SUKMA, kita menunjukkan prestasi cemerlang. Tahun lepas, kita menang semua (pertandingan).

Advertisements

“Dan anda dapat lihat Farkhan (Haron), peninju profesional. Sekarang anda dapat lihat kita ada (pasukan) hoki ais, kita pun dah terlibat dengan perlumbaan motosikal.

“Jadi, anda dapat lihat semangat persaingan yang kuat, tidak mudah puas hati dan tak rasa selesa,” katanya panjang lebar.

Siri kejayaan anak-anak Johor ini merealisasikan potensi negeri itu sebagai kuasa sukan domestik yang patut digeruni.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram