Dominic Tan: Ong Kim Swee Bantu Saya Jadi Lebih Baik
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bukan senang untuk Dominic Tan mengisi slot bek tengah Harimau Malaya lebih-lebih lagi dengan saingan ramai pemain di posisi berkenaan. Dan bagi bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, dia tidak akan berada di sini tanpa bimbingan dan bantuan jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee.

Selepas menyertai skuad Badak dari Police Tero pada musim 2022, Kim Swee membantu menggilap bakat pemain pertahanan berusia 26 tahun itu menjadi bek tengah yang boleh diharap dan berdisiplin.

Hasilnya, Dominic membantu Sabah menggapai tempat ketiga Liga Super musim lepas dan ketika ini, tempat kedua di belakang pendahulu liga, JDT. Dan dia mengakui tanpa input bekas jurulatih Harimau Malaya itu, dia tidak akan bersama skuad senior kebangsaan.

Advertisements

“Sejak (Kim) Pan-gon mengendali pasukan, kita boleh nampak perubahan dan pasukan berada di tahap yang terbaik, harapnya perkara ini berterusan hingga mencapai sasaran kita untuk ke peringkat lebih tinggi. Malah saya juga berterima kasih kepada Datuk (Ong Kim Swee) yang beri pendedahan tentang kualiti permainan bola sepak.

“Dia juga ketua jurulatih yang lain daripada yang lain dan antara watak penting dalam membantu saya jadi pemain yang lebih baik, latihan demi latihan serta peluang beraksi bersama skuad kebangsaan meningkatkan keyakinan saya.

“Malah saya juga berterima kasih kepada Datuk (Ong Kim Swee) yang beri pendedahan tentang kualiti permainan bola sepak kerana jika tanpa beliau mungkin saya tidak berada dalam skuad kebangsaan,” katanya kepada media selepas sesi latihan pasukan semalam.

Advertisements

Menjelang aksi persahabatan seterusnya menentang Hong Kong pada 28 Mac ini, Dominic berharap rakan-rakan sepasukannya dapat mengekalkan aksi konsisten yang menjadi kunci kemenangan ke atas Turkmenistan pada 23 Mac lalu.

Ini kerana seperti Turkmenistan, anak-anak buah Jorn Andersen pastinya ingin membalas dendam kekalahan mereka kepada Malaysia pada Jun tahun lepas. Dengan Dominic tidak disenaraikan dalam perlawanan itu pada tahun lepas, dia pastinya mahu memastikan hasrat pasukan pelawat terus terencat sekiranya dipanggil ke kesebelasan utama.

“Tahun lalu saya tidak beraksi ketika pasukan menumpaskan Hong Kong, jadi saya teruja untuk berdepan mereka.

Advertisements

“Bagi setiap perlawanan tanpa mengira siapa lawan Harimau Malaya, pemain perlu membuat persiapan rapi dan mengambil serius peluang yang diberikan itu. Saya tekad beri yang terbaik sekiranya diberi peluang,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram