Dua Anak Fandi Ahmad Beradu Di Final Thai League Cup
MakanBola
BGPU/PFC

Dua putera legenda Singapura, Fandi Ahmad bakal berentap di pentas final Thai League Cup musim 2025/26.

Ini selepas kelab mereka masing-masing mengesahkan kemaraan ke peringkat akhir kejohanan itu. Kelab Ikhsan Fandi, BG Pathum United mara dengan menewaskan juara bertahan, Buriram United 1-0.

Kelab Irfan Fandi, Port FC pula dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Chonburi FC 4-3 di Stadium Wilayah Ayutthaya.

Kejayaan Ikhsan dan BG Pathum turut menyaksikan mereka berjaya menyekat Buriram United daripada meraih empat trofi musim ini.

Apa yang menarik ialah Irfan dan Ikhsan berpeluang bergelar juara Thai League Cup buat kali kedua dalam karier mereka.

Ini kerana kedua-duanya pernah sama-sama membantu The Rabbits muncul juara kejohanan itu pada musim 2023/24.

Irfan juga berpeluang membantu Port mengakhiri kemarau trofi mereka sejak 2019. Tahun tersebut menyaksikan pasukan itu muncul juara Thai FA Cup.

Selain itu, Port juga berpeluang mengakhiri kemarau trofi Thai League Cup selama 16 tahun. Trofi tersebut dimenangi pada 2010 ketika dibimbing Sasom Pobprasert.