Dua Bintang Muda Malaysia Gegar Gawang Eropah
Eropah
Richard Chin & Future Talents
Advertisements

Dua bintang muda Malaysia yang kini bermain di eropah mempamerkan aksi cemerlang setelah berjaya mencetak gol peribadi.

Richard Chin yang baru sahaja menyertai Dartford secara pinjaman dari Charlton Athletic bukan sahaja menjaringkan gol, malah turut melakukan bantuan jaringan dalam kemenangan selesa 3-0 Dartford ke atas Torquay.

Pertahanan kiri berusia 21 tahun itu antara pemain yang dipanggil Juan Torres Garrido untuk menjalani latihan bersama skuad Malaysia bawah 23 tahun pada minggu lepas.

Advertisements

Desas-desus pemain itu menyarung jersi Harimau Malaya semenjak Jun lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila Richard Chin tampil memperkuat barisan skuad muda Malaysia.

Seorang lagi pemain kacukan Malaysia, Kobe Jae Chong turut melakar namanya selaku penjaring gol buat Barwell sewaktu menentang Royston Town.

Kobe Chong ketika ini bermain buat pasukan Barwell yang berada dalam saingan Southern League Premier Division Central.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu bermain dibahagian tengah dan baru-baru ini Kobe Chong membuat satu hantaran dilaman Instagram miliknya yang memberi petanda beliau bakal memperkuatkan pasukan Malaysia.

Perkara ini tidak mustahil memandangkan skuad senior dan junior Malaysia dalam misi memperkukuhkan barisan utama pasukan sebagai persediaan bertanding di Piala Asia tahun hadapan.

Berkemungkinan besar Richard Chin dan Kobe Jae Chong bakal dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun kelak memandangkan usia muda kedua-dua pemain ini yang belum mencapai umur 23 tahun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram