Advertising
Dua Habuan Besar Dalam Tangan JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super 2024-2025 memastikan dua habuan besar kini berada dalam genggaman.

JDT berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Super bagi musim 2024/2025 apabila menumbangkan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Ad

Dua jaringan menerusi Jese dan Jorge Obregon memastikan 3 mata menjadi milik JDT sekaligus dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut sejak 2014 lalu.

Ad

Selaku juara Liga Super, JDT membawa pulang wang tunai sebanyak RM1.9 juta selain tambahan RM500,000 sebagai agihan sama rata kepada semua kelab yang bertanding.

Malah, JDT turut memperoleh tiket untuk beraksi di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) bagi musim 2025/2026 berbekalkan status sebagai juara Liga Super kali ini.

Ad

Fokus JDT kini tertumpu kepada perlawanan pusingan 16 terbaik ACLE apabila dijadualkan bertemu kelab Thailand, Buriram United di laman lawan pada 4 Mac hadapan.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments