Pertembungan dua juara bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus merancakkan lagi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.
Aksi keempat ACL itu bakal mempertemukan juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal melayan kunjungan Ulsan Hyundai.
Perlawanan ini dihangatkan lagi apabila pasukan gergasi Korea Selatan itu baru sahaja dinobatkan selaku juara Liga Korea (K League 1) selepas menewaskan Daegu dengan keputusan 2-0.
Kemenangan ini juga memberikan motivasi terbaik buat pasukan kendalian Hong Myung-bo selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut.
Ulsan Hyundai juga telah menewaskan JDT di laman sendiri dengan keputusan 3-1 untuk merakamkan kemenangan kedua di Asia.
Pasukan bimbingan Tano Solari juga berada dalam momentum amat baik dengan kemenangan mudah berdepan Kelantan United membantu pasukan untuk kembali bangkit.
Skuad Harimau Selatan sudah pasti mahu bangkit selepas tewas dua aksi di ACL kepada Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.
JDT hanya tewas sekali dalam 5 aksi terakhir sekaligua memberikan motivasi terbaik kepada pasukan untuk membenam jaguh Korea Selatan itu di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.