Ads
Dunia
Ulsan Hyundai

Pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan Hyundai bagi aksi ketiga Liga Juara-Juara AFC (ACL) terus mencuri tumpuan.

Advertisements

Aksi yang berlangsung di Stadium Munsu pada 24 Oktober ini menyaksikan kedua-dua pasukan bersedia dengan skuad terbaik untuk merebut tiga mata.

Advertisements

Ulsan bagaimanapun menerima tamparan hebat selepas tewas mengejut kepada Gwangju dengan keputusan 1-0 bagi aksi K1 League.

Advertisements

Advertisements

Pasukan bimbingan Tano Solari bagaimanapun masih mengekalkan rekod cemerlang dengan menang 4 daripada 5 aksi terakhir.

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada barisan serangan Ulsan apabila kelibat penyerang berbisa pasukan, Martin Adam seakan hilang dari radar.

Advertisements

Pemain kelahiran Hungary itu meledak hatrik ketika membedil BG Pathum United namun mula disisihkan pada tiga aksi terakhir.

Bintang berusia 28 tahun ini bagaimanapun hanya meledak tiga gol dalam 8 aksi terakhir bersama pasukan iaitu ketika menewaskan wakil Thailand tersebut.

Beliau hanya dimasukkan selaku pemain gantian ketika tewas kepada jaguh Jepun, Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0.

Adam tidak berada dalam skuad bagi dua aksi terakhir liga menentang Incheon dan Gwangju sambil ketua jurulatih, Hong Myung-bo memiliki kombinasi serangan berbeza bagi setiap perlawanan.

Advertisements

Ulsan dijangka menurunkan penyerang Korea Selatan, Kim Ji-hyeon bagi aksi berdepan Harimau Selatan di laman sendiri setelah menghuni tangga ke-3 kumpulan ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram