Dua Kelab Australia Bakal Jadi Halangan Terbesar Sabah & Terengganu
Asia
MakanBola
Sabah & Terengganu FC
Advertisements

Dua kelab yang berpangkalan di Australia bakal menjadi ujian berat buat Sabah dan Terengganu dalam meneruskan perjalanan di pentas Asia.

Kedua-dua pasukan beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini dengan kejohanan beberapa perubahan dilaksanakan termasuklah penyertaan pasukan dari Australia yang bakal menghangatkan saingan.

Advertisements

Prestasi yang ditunjukkan oleh anak didik Ong Kim Swee berada pada tahap yang agak baik apabila kini menghuni tangga ke-4 manakala Terengganu di tangga ke-6 setakat 16 akai Liga Super.

Menerusi perkongsian oleh Asean Football, senarai balang (pot) bagi kedua-dua pasukan telah pun dikeluarkan dengan Terengganu diletakkan dalam balang 1 manakala Sabah dalam balang 3.

Advertisements

Kedudukan ini menyaksikan mereka berpeluang untuk berdepan dengan pasukan dari Australia iaitu Macarthur FC dan juga Central Coast Mariners FC.

Berdasarkan kedudukan ranking di Liga Australia (A-League), Central Coast berada di tangga ke-7 manakala Macarthur di tangga ke-12.

Advertisements

Mengikut format Piala AFC, dua pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati dan akan beraksi aksi kalah mati tunggal sementara perlawanan suku dan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik.

Advertisements

Dua wakil Malaysia ini diharap dapat mengulangi semula pencapaian KL City yang berjaya mara ke pentas akhir tahun lalu sementara pencapaian terbaik kekal milik JDT yang menjuarainya pada tahun 2015.

News Comments Account