Dua Kelab Handalan Liga Super Buru Khidmat Adik Beradik Lambert
Transfer
KL City FC/Zulhelmi Zainal Azam
Advertisements

Aksi konsisten dua tonggak KL City, Ryan dan Declan Lambert musim lalu berjaya memikat hati beberapa kelab di Liga Super.

Ini selepas khabar angin yang mengaitkan dua pemain ini bakal berhijrah keluar sedang tersebar luas dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua pasukan gergasi Liga Super sedang mengadakan rundingan untuk mendapatkan mereka.

Advertisements

Menurut beliau lagi, dua pemain yang mempunyai darah warisan ini turut diberikan pilihan untuk kekal bersama The City Boys menjelang saingan liga musim hadapan.

“Dua pasukan handalan Liga Super berminat untuk menandatangani Ryan dan Declan, sesi rundingan sedang berlangsung! Dua beradik Lambert ini difahamkan turut diberi pilihan untuk kekal dengan KL City,” tulis Zulhelmi di laman X milik beliau.

Musim lalu, Ryan Lambert yang bermain di posisi tengah berjaya melakukan 29 penampilan bersama KL City dan melakukan tiga bantuan jaringan sepanjang musim.

Advertisements

Manakala, Declan Lambert yang memperkuat posisi pertahanan kiri pasukan cemerlang menjaringkan 1 gol dan 2 bantuan jaringan dalam 27 penampilan sepanjang musim lalu.

Persembahan menakjubkan dua beradik ini berjaya membantu KL City menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ketujuh selain mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Skuad ibu kota ini juga beraksi cemerlang di kempen Piala FA sehingga berjaya melayakkan diri ke pentas final sebelum kecundang 0-2 di tangan kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram