Advertising
Dua Kelab Indonesia Intai Khidmat Cleylton
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Cleylton kini berada dalam radar dua kelab Indonesia.

Bek tengah berusia 31 tahun itu menjadi sebahagian daripada tiga pemain terbaru yang meninggalkan Sang Kenari. Selain Cleylton, Sukhrob Nurulloev dan Faiz Nasir turut memilih meninggalkan Kedah.

Ad

Susulan itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan antara kelab yang berminat mendapatkan bek tengah Brazil itu ialah Persis Solo.

Ad

Persis ketika ini dilatih bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee selepas meninggalkan Sabah FC. Satu lagi kelab Liga 1 Indonesia, Madura United turut berminat mendapatkan Cleylton.

“Cleylton Santos ke Liga Indonesia, difahamkan bakal bergabung dengan Datuk Ong Kim Swee di Persis Solo atau ke Madura United selepas secara rasmi tinggalkan Kedah Darul Aman bersama dua lagi pemain Sukhrob Nurulloev dan Faiz Nasir,” katanya di X.

Ad

Kedua-dua kelab melihat kehadiran bekas pemain pertahanan Al-Khaldiya itu mampu menjadikan benteng pertahanan mereka lebih ampuh.

Ad

Saingan Liga 1 menyaksikan Persis dan Madura masing-masing dibolosi sebanyak 26 dan 38 kali selepas 17 perlawanan liga.

Ad

Kedua-dua kelab juga dijangka tidak mempunyai masalah dari segi kuota import jika ingin merekrut Cleylton.

Ini kerana Persis dan Madura masing-masing memiliki baki satu dan dua slot daripada kuota lapan pemain import Liga 1 yang diperuntukkan.