Advertising
Sukhrob Nurulloev Antara 3 Pemain Dilepaskan Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman melepaskan 3 pemain utama Sang Kenari, Sukhrob Nurulloev, Cleylton Santos dan Faiz Nasir

Perkara ini diumumkan oleh pihak pengurusan Kedah Darul Aman menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Sang Kenari tersebut pada Jumaat.

Ad

“Pihak pemilik, ahli lembaga pengarah, dan pengurusan Kedah Darul Aman FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sukhrob Nurulloev, Cleylton Santos dan Faiz Nasir atas sumbangan dan dedikasi yang diberikan sepanjang mereka bersama pasukan Sang Kenari.”

Ad

“Kehadiran mereka telah memberikan impak besar di atas padang dengan ketangkasan serta komitmen yang tidak pernah berbelah bahagi,” jelas Kedah Darul Aman dalam kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan kelab, Sukhrob dan Cleylton bersetuju untuk menamatkan kontrak bersama manakala Faiz Nasir pula bakal pulang ke Terengganu apabila tempoh pinjaman kini berakhir

Ad

“Sukhrob dan Cleylton telah mencapai persetujuan bersama bagi penamatan kontrak untuk mengembangkan karier di liga luar Malaysia,” ujar pihak kelab.

Ad

“Manakala Faiz Nasir pula telah tamat tempoh pinjaman, akan tetapi beliau telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, memberikan sumbangan bermakna kepada pasukan.”

Ad

Pihak kelab menghargai setiap keringat dan detik bersama 3 tunjang pasukan Kedah ini selama mereka menyarung jersi keramat Hijau Kuning dan mendoakan kejayaan di masa akan datang.

Ketiadaan 3 tonggak ini bakal merencatkan perancangan jurulatih, victor Andrag menjelang aksi Liga Super bertemu Kelantan DN pada 10 Januari ini di Stadium Darul Aman.