Dua Kelab Liga Super Berebut Pemain Kyrgyzstan
Transfer
Ozgur Dobruca
Advertisements

Dengan tetingkap perpindahan Liga Super musim 2024-2025 sudah dibuka, pasukan-pasukan sudah mula sibuk merekrut pemain baru.

Terbaru, dua kelab Liga Super dilaporkan berminat mendapatkan khidmat kapten pasukan Kyrgyzstan Bawah 23 Tahun (B-23), Adilet Kanybekov.

Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Dua pasukan yang dikatakan berminat mendapatkan bekas pemain muda Besiktas itu ialah Perak FC dan Negeri Sembilan FC.

Advertisements

Bagaimanapun, pasukan yang diberi jolokan The Bos Gaurus itu yang dikhabarkan semakin hampir mendapatkan khidmat Kanybekov.

Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, beliau akan menjadi tonggak import baru Perak untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Sebelum ini, Perak telah membawa empat pemain baru tempatan iaitu Azfar Fikri, Tommy Mawat, Ramadhan Abd Hamid dan Ariff Ar Rasyid Ariffin.

Selain skuad akademi Besiktas, Kanybekov juga pernah beraksi untuk kelab Republik Czech, Dukla Prague.

Advertisements

Beliau kemudiannya beraksi untuk kelab Kyrgyzstan, Neftchi Kochkor-Ata sejak musim panas 2021. Tempoh tersebut menyaksikan Kanybekov membuat 67 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Piala AFC.

Selain mampu beraksi sebagai pemain tengah bertahan, beliau juga mampu beraksi di posisi tengah dan bek tengah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram