Advertisement
Dua Pemain ‘Hampir Pencen’ Jadi Mimpi Ngeri Buat JDT
ACL
MakanBola
Transfermarkt / J League

Kekalahan bermaruah telah terjadi pada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC semalam apabila mereka tewas tipis 0-1 kepada gergasi Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Gol tunggal pasukan pelawat telah dijaringkan oleh penyerang import mereka, Marcinho pada minit ke-45 separuh masa pertama. Namun menarik untuk disaksikan adalah dua pemain Kawasaki Frontale yang paling menyerlah pada aksi semalam.

Dua pemain yang paling menyerlah adalah penjaga gol berusia 38 tahun, Jung Sung-ryong dan pemain sayap veteran berusia 37 tahun, Akihiro Ienaga. Kedua-dua pemain ini merupakan tunjang utama pasukan Kawasaki Frontale.

Hasil tinjauan dari laman Sofascore, kedua-dua pemain ini mendapat rating tertinggi di kalangan pemain kedua-dua pasukan yang beraksi di atas padang. Jung Sung-ryong telah mendapat rating 7.7/10 manakala Akihiro Ienaga pula mendapat rating tertinggi iaitu 7.8/10.

Rating kawasaki Dua Pemain 'Hampir Pencen' Jadi Mimpi Ngeri Buat JDT
Rating untuk barisan pemain Kawasaki Frontale. Sumber: Sofascore.

Ini bermakna umur yang ‘hampir pencen’ bukanlah halangan untuk memberikan aksi terbaik di atas padang. Kedua-dua pemain ini ternyata sarat dengan pengalaman dan digunakan sepenuhnya untuk menghadiahkan kemenangan kepada pasukan.