Dua Import Selangor Hilang Sabar Dengan Ramadhan Hamid
Persahabatan
Perak FC
Advertisements

Aksi pra musim Liga Super diteruskan lagi dengan aksi dua pasukan ternama iaitu Perak FC dan Selangor FC yang dilangsungkan di Stadium Negeri Perak, Ipoh pada semalam (20 April).

Perlawanan yang sengit itu menyaksikan Selangor bangkit dari ketinggalan satu jaringan sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

Namun disebalik aksi pershabatan tumpuan itu, terdapat beberapa insiden kekasaran yang berlaku dan seawal minit ke-19, dua pemain import Selangor iaitu Umarbek Eshmurodov dan Alvin Fortes dikesan bertegang urat dengan penjaga gol Perak, Ramadhan Hamid.

Advertisements

Insiden tersebut berlaku selepas Ramadhan dikasari Umarbek ketika mahu menangkap bola hasil sepakan sudut Selangor. Ketika Ramadhan mahu melakukan tangkapan, penjaga gol Perak itu disiku dengan secara tidak sengaja oleh Umarbek.

Situasi tegang berlaku di antara kedua-dua pemain sebelum beberapa pemain turut ikut campur termasuklah Alvin Fortes yang dilihat telah menolak Ramadhan.

Pengadil perlawanan terpaksa menghentikan perlawanan buat seketika bagi menenteramkan pemain kedua-dua pasukan sebelum ianya disambung semula.

Advertisements

Pada aksi semalam, Perak terlebih dahulu di hadapan melalui jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke-31 dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor bangkit kembali dengan dua jaringan oleh Alvin Fortes (minit ke-48) dan Faisal Halim lima minit kemudian.

Yohandry Orozco pula mencipta nama sebagai penjaring selepas meledak pada minit ke-77 melalui penyudah hasil satu serangan balas pantas.

Advertisements

Kedudukan 3-1 itu hanya bertahan lima minit selepas Perak berjaya merapatkan kedudukan menjadi 3-2 melalui ledakan sayap lincah Perak, Lim Tae-min. Kedudukan 3-2 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram