Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Sememangnya menjadi lumrah dalam dunia bola sepak apabila pemain datang dan pergi. Begitu juga yang berlaku kepada pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia yang mana akan tamat musimnya pada hujung bulan ini.

Advertisements

Selepas timbul desas-desus mengenai perpindahan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ke pasukan lain musim hadapan, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memberi satu bayangan bahawa dua pemain JDT bakal meninggalkan pasukan gergasi dari selatan tanah air itu untuk menuju ke Sri Pahang FC.

Advertisements

Dua pemain yang dikaitkan dengan perpindahan Sri Pahang itu adalah bekas penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi Roslan dan pemain pertahanan kiri, Syazwan Andik Ishak. Berita perpindahan itu dimuatnaik Zulhelmi dalam satu ciapan di laman twitter beliau.

Advertisements

Advertisements

Kedua-dua pemain ini melalui satu musim yang berbeza dengan Syazwan Andik dipinjamkan ke Melaka United manakala Izham lebih banyak diturunkan bersama pasukan JDT II dalam saingan Liga Premier yang mana menyaksikan JDT II berjaya menjadi juara liga.

Syazwan Andik tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak tanah air kerana pemain ini dahulunya merupakan seorang pemain yang sentiasa dipanggil ke kem skuad Harimau Malaya namun penurunan prestasi membuatkan beliau tersisih daripada pasukan kebangsaan.

Advertisements
Advertisements

Dengan JDT sudah membawa masuk Daniel Ting selaku pemain di pertahanan kiri, mungkin perpindahan ke Sri Pahang dapat menaikkan semula prestasi Syazwan seterusnya berjaya menembusi panggilan skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram