Dua Pemain Perancis Dalam Radar Selangor
MakanBola
SELANGOR FC

Selangor kini dilaporkan sedang memantau rapat dua pemain berasal dari Perancis yang berada dalam radar kelab bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan akan datang.

The Red Giants yang telah kehilangan beberapa tonggak utama seperti Willian Lira, Kevin Deeromram dan Zach Clough dijangka bakal membawa masuk dua lagi pemain import bagi memperkuatkan pasukan menghadapi baki saingan Liga Super serta kempen Piala Malaysia.

Menurut laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mengesahkan bahawa Selangor sedang merancang untuk membawa masuk dua pemain dari Perancis pada jendela perpindahan kedua musim ini.

“Menurut sumber, dua pemain dari Perancis telah tiba di Selangor, namun belum disahkan sama ada mereka telah menandatangani kontrak atau masih menjalani tempoh percubaan bersama kelab,” kata Fadhirul Shuhaimi ketika di temubual dalam rancangan Nadi Bola.

Selangor bakal meneruskan aksi Liga Super minggu ini dengan berdepan juara bertahan, JDT pada 4 Januari depan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.